Date post: | 08-Jul-2018 |
Category: |
Documents |
Upload: | ruslan-lan |
View: | 229 times |
Download: | 0 times |
of 10
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
1/22
PENGENALAN
Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untukmembantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Walau
bagaimanapun, istilah “kajian” biasa digunakan dengan makna “pengutipandata” (data collection ). Ahli politik menyatakan mereka menggubal polisi
berasaskan kajian, manakala ahli perniagaan memaparkan hasil kajian untukmeyakinkan pengguna tentang produk yang dijual oleh mereka.
Dalam kajian, pengutipan data adalah penting kepada hala tuju masa depanpenyelidik atau organisasi/institusi tertentu, orang berkepentingan yang menajakajian itu. Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah pendidikan dikaji oleh
guru untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baharu yang bolehmembantu guru meningkatkan prestasi mereka dan juga pelajar mereka.
Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada berbagai-bagaisumber yang akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Namun, sekiranyadata ini tidak dapat ditafsirkan dengan baik, ia tidak dianggap sebagai satukajian. Secara ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsirkan secara sistematik
berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikansebagai pendekatan saintifik iaitu sistematik kepada kajian tentangsesuatu/beberapa masalah.
TTooppii
11
Asas Kajian
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menerangkan asas kajian dan pelbagai jenis kajian;
2. Mengenal pasti kriteria kajian berkualiti; dan
3. Menerangkan tanggungjawab etika penyelidik dan pengguna/penajkajian.
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
2/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 2
Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajian dibuat dengan menggunakanhubungan logik yang tidak hanya berlandaskan kepercayaan yang tidakmempunyai bukti nyata. Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan
penjelasan tentang kaedah pengutipan dan penganalisisan data, memberipentakrifan yang sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan sebab berkaitan hasilyang diperoleh serta menerangkan segala batasan yang boleh memberi kesankepada hasil kajian.
MENGAPA MENYELIDIK?
Secara dasarnya, kajian dibuat untuk mengutip maklumat secara sistematiksebagai satu langkah ke arah menyelesaikan masalah tertentu. Tujuan kajian
boleh dikelaskan seperti yang berikut (rujuk Rajah 1.1):
Rajah 1.1: Tujuan menjalankan kajian
1.1
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
3/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 3
Projek kajian boleh diletakkan dalam satu kontinum berdasarkan tujuan dankonteks penyelidikan. Pada satu hujung, kajian dibuat hanyalah untukmeningkatkan kefahaman teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu
dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Kajian jenis ini secara amnyadikenali sebagai kajian asas (basic research ) atau kajian tulen ( pure research ).Kajian asas memajukan pengetahuan asas tentang dunia sosial. Ini menjadisumber kepada kebanyakan idea saintifik dan cara berfikir tentang dunia ini.
Pada hujung lagi satu, terdapat kajian yang hasilnya dapat digunakan untukmenyelesaikan masalah harian. Kajian jenis ini dikenali sebagai kajian gunaan(applied research ). Penyelidik gunaan menggunakan pengetahuan mereka untukmenjawab soalan atau menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitanpolisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan.
KAJIAN DALAM PENDIDIKAN
Sekiranya kita tidak menghadapi sebarang masalah, maka segala ilmu kita akanmenjadi tetap iaitu tidak pernah berubah. Semua pengetahuan, maklumat danpenyelesaian kepada setiap masalah mudah diperoleh. Kita tidak perlumempersoalkan kesahan, andaian atau makna sebenarnya. Dalam keadaansebenar, jawapan kepada permasalahan yang kita hadapi tentunya tidak bolehdidapati semudah itu, disebabkan wujudnya jurang antara pengetahuan kita
dengan pengetahuan umum dan juga pengetahuan umum itu sendiri. Di tempatkerja, misalnya, kita sentiasa menghadapi masalah berkaitan kerja kita yangtidak mempunyai penyelesaian mudah. Kita tercabar untuk membuat refleksitentang andaian, nilai dan amalan serta menyoal dan mencari kaedah untukmemperbaiki proses kerja kita supaya kita dapat membuat keputusan
berasaskan maklumat yang betul dan seterusnya dapat memperbaiki amalanprofesional kita.
1.2
1. Apakah hubungan antara guru dengan kajian dalam kontekspendidikan?
2. Mengapakah guru perlu menjalankan kajian?
3.
Bagaimanakah kajian dapat membantu guru melihat semula, menilaidan memperbaiki amalan pengajaran mereka?
SEMAK KENDIRI 1.1
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
4/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 4
Guru, seperti juga kumpulan profesional lain, dikatakan menghadapi cabaranyang amat kompleks iaitu daripada dinamika sosiobudaya, pedagogi, keadaaninstitusi (institutional setting ), polisi kurikulum dan sebagainya. Keadaan ini
memaksa mereka membuat adaptasi dan terus berfikir sepanjang merekamenjalankan tugas mereka. Maka, amat jelaslah bahawa guru perlu menjalankankajian iaitu inkuiri yang sistematik ke atas masalah dan isu yang telah dikenalpasti berkaitan dengan tugas mereka. Pada dasarnya, mereka perlumendapatkan pengetahuan sedia ada dalam bidang pendidikan dan jugadaripada disiplin ilmu berkaitan seperti sosiologi, psikologi, antropologi danfalsafah (Freebody, 2003).
1.2.1 Kajian Kuantitatif dan Kualitatif
Terdapat beberapa jenis kajian yang boleh dilakukan oleh guru untuk menanganimasalah amalan yang dihadapi oleh mereka. Setiap jenis kajian mempunyaimatlamat dan kaedahnya tersendiri. Berikut dijelaskan perkara asas yangmembezakan jenis kajian ini, manakala topik lain dalam modul ini akan memberipenjelasan secara lebih mendalam.
Kajian kuantitatif ialah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankanpemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik datanumerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang bolehdijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Ary, Jacobs dan Razavieh, 2002;
Brown dan Dowling, 1998). Kelebihan kajian ini ialah ia berasaskan kepadakerangka teori yang berkaitan rangka kerja). Selain itu, data numerik lebihmeyakinkan penyelidik dan pengguna tentang fenomena yang secara logik(coherent theoretical ) diselidik, dan penaakulan kuantitatif dianggapkanmempunyai lebih tinggi kebolehpercayaan dan kesahan.
Walau bagaimanapun, kajian ini mempunyai kelemahan utama iaitu kuantitatifsemata-mata tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kebanyakan masalah dalampendidikan. Bagaimanakah kita mengkuantitatifkan “perkara” seperti perasaan,keredaan dan hasrat tersembunyi? Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ary et al.
(1998), untuk mengkaji tingkah laku ganas pelajar di sekolah, misalnya,penyelidik perlu mengkaji lebih daripada hanya melaporkan jenis dan bilanganperistiwa (incidents ). Dia perlu memerhati dan menemu bual pelajar ganas dancuba mencari sebab mengapa mereka menjadi ganas dan juga bertanya kepadamereka soalan seperti “Bagaimanakah pelajar ini mempersepsi guru mereka danpelajar di sekolah?”, “Bagaimanakah pelajar lain bertindak terhadap mereka?”,Bagaimanakah guru menangani tingkah laku ganas?” Soalan begini memerlukan
jawapan dalam bentuk kualitatif iaitu berfokus kepada pemahaman fenomenasosial daripada perspektif peserta kajian.
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
5/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 5
Kajian kualitatif, sebagaimana yang dijelaskan oleh Brown dan Dowling (1998),kajian ini menekankan kepada penghasilan makna ( production of meaning ).Berlainan daripada hanya bergantung pada fakta dan rajah, ujian, dan juga
pensampelan seting dan subjek kajian. Kajian kualitatif mengambil kira apa yangtidak disentuh oleh kajian kuantitatif iaitu pandangan subjektif seseorang, akibatyang dirancang dan tidak dirancang (intended and unintended consequences ),keanehan seseorang (idiosyncrasies ) dan sebagainya.
Jadual 1.1: Perbezaan antara Kajian Kuantitatif dan Kualitatif
Kuantitatif Kualitatif
Tujuan Menyelidikhubungan, sebab dankesan.
Memahami fenomena sosial.
Reka bentuk Dibentuk sebelumkajian dijalankan.
Dibentuk semasa kajiandijalankan.
Pendekatan
Deduktif; mengujiteori.
Induktif; menjana teori.
Alat Menggunakan alat
piawai.
Menggunakan interaksi
bersemuka.
Sampel
Menggunakansampel besar.
Menggunakan sampel kecil.
Analisis
Analisis statistik keatas data numerik.
Deskripsi dan interpretasinaratif.
Sumber: Ary, Jacobs & Razavieh (2002)
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
6/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 6
1.2.2 Kajian Tindakan
Salah satu daripada bentuk kajian pendidikan yang kerap digunakan pada masa
ini ialah penyelidikan tindakan (action research ) iaitu satu jenis inkuiri berbentukreflektif kendiri yang mempersoalkan, mengkritik dan menteori andaian yangmendasari idea, pemahaman dan amalan penyelidik sendiri. Sebagaimana yangdijelaskan oleh McNiff (2002):
Kajian tindakan juga digunakan dalam bidang lain seperti kajian sosial danpengurusan untuk meningkatkan profesionalisme. Walau bagaimanapun, tiadasatu pun pendekatan kepada kajian tindakan, sebab penyelidik secara individuakan memberi penekanan kepada pelbagai aspek kajian seperti aspek teknikalatau nilai yang diperoleh daripada kajian. Secara amnya, penyelidik akanmelalui langkah-langkah asas berikut (McNiff, 2002):
Kajian tindakan ialah cara tertentu menyelidik pembelajaran anda sendiri. Iaialah cara yang praktikal untuk anda menilai amalan anda sama ada telahmencapai tahap yang sepatutnya. Sekiranya anda berpuas hati denganamalan anda, anda boleh menjelaskan bagaimana dan mengapa anda rasademikian serta memberikan bukti untuk menyokong tuntutan anda.Sekiranya anda rasa amalan anda perlu diberi perhatian, anda boleh
bertindak untuk memperbaikinya dan menunjukkan bukti setakat manaamalan itu telah dibaiki.
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
7/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 7
Rajah 1.2: Langkah-langkah asas dalam kajian tindakan
Kajian tindakan adalah tidak linear tetapi melibatkan proses putaran yang akanmewujudkan putaran baru kajian tindakan dalam jangka masa tertentu. Bagikajian yang mengambil masa panjang, penyelidik boleh memecahkannya kepada
beberapa bahagian yang laporannya boleh ditulis sebagai beberapa kertas kajianyang berbeza.
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
8/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 8
Yang berikut ialah beberapa sampel kertas kajian yang pernah diterbitkantentang Kajian Tindakan.
1. Kertas Kajian 1:
Reflecting and learning together: Action research as a Vital Element ofDeveloping Understanding and practice. Tina Cook. Educational
Action Research 12.1 (2004)
Fikirkan beberapa topik kajian yang anda berminat dan senaraikannya
dalam sehelai kertas. Tanya diri anda mengapa anda berminat tentangtopik-topik ini dan bagaimana kajian ini dapat membantu anda danpelajar anda nanti.
Yang berikut ialah beberapa topik sebenar kajian pendidikan yang telahdijalankan oleh pelajar Sarjana Muda dan Sarjana daripada sebuahuniversiti tempatan yang boleh menjadi panduan kepada anda untukmemilih topik kajian:
(a) Respons daripada pelajar terhadap maklum balas guru (Teh YockSuak)
(b) Keberkesanan paradigma pengajaran terus terhadap pengajaraninferens (Ellen Drabble)
(c) Penggunaan teknik motivasi untuk meningkatkan kemahiran bacaan (Puteri Rohani Megat Abdul Rahim)
(d) Struktur pengetahuan metakognitif guru-guru pelatih: Satu kajiankes (Ranjit Singh Gill)
(e) Penggunaan strategi CIS ke atas pengurusan universiti danformulasi UIS (Qian Qian)
AKTIVITI 1.1
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
9/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 9
Kertas ini, “Refleksi dan Pembelajaran Bersama: Kajian Tindakansebagai Unsur Penting untuk Membina Kefahaman dan Amalan”
menjelaskan bagaimana pendekatan kajian tindakan membantu pesertadalam memperbaiki amalan mereka dan bekerjasama. Proses membuatrefleksi dan belajar bersama dalam projek ini membantu peserta untuk
berfikir, mempelajari sesuatu, mereka bentuk, menunjuk dan menukarunsur amalan mereka berpandukan bukti yang dikumpulkan. Unsurutama dalam kertas ini ialah bagaimana refleksi in action dan on action (Schön) membantu peserta daripada latar belakang berbeza untukmemahami dan memperbaiki amalan mereka melalui peningkatanpengetahuan dan keyakinan diri serta pengetahuan mereka dariperspektif orang lain.
2. Kertas Kajian 2:
The Assessment of Second Language Teaching. Craig Thaine. ELT Journal 58.4 (2004).
Kertas ini, “Penaksiran Pengajaran Bahasa Kedua” melaporkan projekkajian tindakan tentang penaksiran pengajaran bahasa kedua. Kajiandilaksanakan berasaskan Cambridge Certificate in English LanguageTeaching to Adults (CELTA) dan berfokus kepada bagaimana kriteria
penaksiran untuk sijil ini ditafsirkan dan dioperasikan oleh pendidik diNew Zealand. Dapatan kajian menunjukkan bagaimana beberapakriteria terlebih generalisasi atau bertindih dengan kriteria lain yangmenimbulkan pula masalah kepada kebolehpercayaan (reliability ).Kertas ini mencadangkan beberapa cara bagaimana kriteria ini bolehdiubah suai. Isu yang dibangkitkan adalah penting kepada pendidikguru bahasa Inggeris atau lebih meluas kepada pendidik guru bahasakedua.
3. Kertas Kajian 3:
Perceived Needs of Educational Administrators for Student ServicesOffices in a Chinese Context: School Counselling Programs Addressingthe Needs of Children and Teachers. Sonya Corbin Dwyer dan KathrynMcNaughton. School Psychology International 25.3 (2004).
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
10/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 10
Analisis berkisar kepada pemerhatian dalam bilik darjah serta temu bual
dengan pelajar dan guru untuk menunjukkan bagaimana guru menentukannorma dan amalan yang berfokus kepada pemahaman matematik dan
justifikasi tentang idea dan penghujahan serta untuk mencerap amalanpembelajaran yang pelajar gunakan sebagai respons mereka kepada kaedahinkuiri ini.
Keadaan di negara China hari ini memerlukan pendekatan secaraholistik terhadap pendidikan. Dalam seminar di Changchun, pentadbir
kanan telah mencadangkan supaya Pejabat Perkhidmatan Pelajardiwujudkan di sekolah rendah. Kajian ini meneliti 19 rancangantindakan pendidik Timur Laut China yang menyarankan matlamatpejabat ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat literatur tentangmodel program bimbingan untuk membantu pembangunan akademik,kerjaya dan keperluan peribadi/sosial pelajar. Selain itu, pendidik
berpendapat bahawa matlamat pejabat ini perlu meliputi bantuankepada guru untuk mengatasi isu peribadi dan kerja mereka. Implikasidari segi kajian antarabangsa dan cadangan untuk mengkaji programkaunseling turut dikemukakan.
4. Kertas Kajian 4:
Learning Mathematics in a Classroom Community of Inquiry. MerrilynGoos. Journal for Research in Mathematics Education 35.4 (2004).
Kertas ini, “Pembelajaran Matematik dalam Bilik Darjah KomunitiInkuiri” cuba menjawab persoalan tentang apakah tindakan tertentuyang perlu diambil guru untuk mewujudkan budaya inkuiri dalamkelas matematik sekolah menengah. Teori pembelajaran sosiobudaya
dijadikan kerangka untuk meneliti amalan pengajaran danpembelajaran dalam sebuah kelas dalam masa dua tahun. Konsep “zonpembangunan proksimal” (ZPD zone of proximal development )digunakan sebagai kerangka asas untuk menjelaskan pembelajaransebagai peningkatan penyertaan dalam komuniti yang mengamalkaninkuiri dalam matematik.
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
11/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 11
KAEDAH INKUIRI SAINTIFIK DALAMKAJIAN
Matlamat sains ialah untuk mengembangkan ilmu dan mencari kebenaran.Penyelidik pula cuba mencapai matlamat ini melalui teori dan hipotesis.Ramalan ( predicting ) dan pemahaman merupakan dua daripada tujuan kitamenggunakan teori. Untuk membuat ramalan, kita perlu tahu dan fahammengapa pemboleh ubah (variables ) berkait yang sememangnya memerlukanteori. Teori ialah pernyataan yang menjelaskan pertalian antara beberapapemboleh ubah dalam sesuatu fenomena bersama sebab dan kesannya. Kaedahsaintifik ialah satu siri langkah-langkah yang digunakan untuk membangunkandan menghalusi teori.
Kaedah dan pemikiran saintifik amat bergantung pada konsep yangmembolehkan kita memahami sesuatu perkara serta berfikir tentangnya dan
berkomunikasi dengan orang lain secara abstrak. Konsep pada peringkat tinggidiguna untuk menjelaskan perkara yang lebih spesifik yang tidak dapat dicerap(observe ) secara terus. Konsep dan konstruk digunakan pada peringkat teori,sementara pemboleh ubah digunakan pada peringkat empirikal.
Proses kajian saintifik digunakan untuk membina dan menguji pelbagai hipotesismelalui pemikiran deduktif. Kajian saintifik menggunakan proses tertentu yangmenggabungkan pemikiran induktif dan deduktif serta pencerapan dan
pengujian hipotesis kepada aktiviti yang berasaskan pemikiran reflektif. Setiaporang akan menganalisis masalah yang sama dengan cara yang berbeza
bergantung pada persepsi masing-masing yang telah dilazimkan olehpersekitaran yang berbeza. Maka, jenis persoalan yang timbul akan berbezamengikut kefahaman seseorang tentang sesuatu fenomena. Perlu diingatkan
bahawa inkuiri saintifik adalah salah satu daripada kaedah menganalisismasalah tetapi terdapat juga beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untukmenyelesaikan permasalahan kita.
Apakah sains? Sains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu
pengetahuan. Kepada kebanyakan orang, gambaran/imej sains dapat dilihatmelalui dua klasifikasinya iaitu sains fizikal (matematik, fizik, kimia dan biologi)dan sains sosial (psikologi, sosiologi dan ekonomi). Subjek sains akanmenentukan teknik dan alat yang digunakan dalam kajian. Matlamat utamasains ialah untuk menghasilkan generalisasi yang sah dan mencari hubunganantara beberapa pemboleh ubah. Melalui pemahaman hubungan ini, penyelidikakan dapat memahami fenomena yang dikaji, membuat ramalan danmenentukan hubungan penyebab (causal relationships ). Sains mempunyai ciri-ciri berikut:
1.3
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
12/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 12
Jadual 1.2: Ciri-ciri Sains
Ciri-ciri Sains
Empirikal Data empirikal diperoleh mengikut keadaan tertentu.Boleh diulang
replic le)
Kajian boleh diulang mengikut keadaan, sampel dan kaedah yangdigunakan sebelumnya.
Analitikal Ia mengikut kaedah saintifik untuk memecah dan menjelaskanfakta empirikal.
Berasaskan teori Ia bergantung pada pengetahuan lepas.
Logikal Kesimpulan dibuat berasaskan logik dan hasil kajian.
Teliti Usaha dibuat untuk mengurangkan kesilapan.
ALTERNATIF KEPADA SAINS DALAMPENGHASILAN ILMU
Maklumat dan ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber, selain sains.Kebanyakan pengetahuan yang kita ketahui adalah daripada ajaran ibu bapakita, apa yang kita alami sendiri, apa yang kita baca dalam buku atau apa yangkita tonton dalam TV atau filem. Pengetahuan daripada sumber ini biasamencukupi untuk interaksi harian kita tetapi mungkin mempunyai kesilapanseperti juga kajian saintifik yang menghasilkan ilmu yang tepat dan bergunahanya untuk sesuatu masa atau konteks tertentu.
1.4
“Sekiranya saya sentiasa kalah dalam permainan tenis, saya akan bermain sekali lagi, kebarangkalian saya menang akan meningkat.” Adakah terdapat kesilapan dalam logik ini? Jelaskan.
SEMAK KENDIRI 1.2
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
13/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 13
(a) AutoritiPengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, guru dan pakar serta daripada
buku dan media biasanya boleh diterima sebagai betul. Sandaran kepada
autoriti untuk mendapatkan pengetahuan mempunyai kebaikan terutamanyadari segi mudah dan cepat mendapatkan pengetahuan. Walau bagaimanapun,ia mempunyai batasan tertentu sebab kepakaran seseorang itu mungkin lebihrendah daripada yang dijangkakan. Mereka mungkin memberi maklumat ataupengetahuan yang salah sebab terdapat juga pakar yang mempunyai tujuantertentu yang tidak profesional dengan sengaja memberi maklumat yang salahuntuk mengembangkan idea yang bias.
(b) TradisiPengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul
disebabkan ia telah melalui ujian masa, justeru boleh dipercayai. Apa yang jarang disebut ialah pengetahuan yang diturunkan daripada generasikepada generasi itu mungkin berasaskan kepada beberapa prasangka yangtidak rasional yang menjadikan pengetahuan itu sebagai “semula jadi” (natural ) atau ia mungkin telah berubah setiap kali ia dipindahkan kepadagenerasi baru.
(c) Pengetahuan umumMaklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa yangdiketahui oleh semua orang yang mempercayainya. Pengetahuan umum(common sense ) ini adalah penting dalam kehidupan harian tetapi iamungkin membenarkan kepalsuan logik mempengaruhi pemikiran kita. Ia
juga boleh menyebarkan idea salah yang kita tidak sedar tentangnya danmenyebabkan kita menerima maklumat yang salah.
(d) Media massaSiaran TV, filem, surat khabar, majalah dan media lain adalah pentingkepada kita sebagai sumber maklumat. Namun, apa yang mereka sajikanmungkin tidak memberi gambaran sebenar yang mungkin disebabkan olehlaporan yang kurang tepat, kesilapan yang disebabkan kekuranganpengetahuan atau amat bergantung pada autoriti, tradisi atau pengetahuanumum sebagai sumber maklumat.
(e) Pengalaman peribadiApabila sesuatu berlaku, kita dapat merasainya, kita dapat mengalaminyadan kita terimanya sebagai benar. Pengalaman peribadi merupakan sumberpengetahuan yang penting kepada kita tetapi ia juga dapat memesongkan(distort ) kita. Sesuatu yang kita rasa benar, mungkin satu kesilapan ataupersepsi/keputusan yang terpesong. Pengalaman peribadi ini dikukuhkanmelalui empat kesilapan utama:
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
14/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 14
(i) Terlebih generalisasi (over generalisation ): Apabila kita memperoleh bukti yang membawa kepada kepercayaan kita, kita mengandaikanperkara ini benar dalam situasi lain.
(ii)
Pencerapan terpilih (selective perception ): Apabila kita memberitumpuan kepada perkara tertentu sahaja dan tidak kepada perkaralain. Fokus ini menjadi lebih kuat sekiranya perkara itu serasi denganidea prapencerapan ( preconceived) kita.
(iii) Keputusan lebih awal ( premature closure ): Keputusan yang kita buatapabila kita rasa kita sudah pun mempunyai segala jawapan yangkita perlukan dan kita rasa kita tidak perlu lagi mendengar pendapatorang lain, mencari maklumat lain atau menimbulkan persoalan lain.
(iv) Kesan halo (halo effect ): Apabila kita terlebih membuat generalisasi
terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlangyang membawa kita kepada memberi penilaian yang berlebihankepada objek atau orang tersebut.
KEBAIKAN PENDEKATAN SAINTIFIK
Faktor kritikal yang membezakan kajian yang menggunakan pendekatan saintifikdaripada kajian yang menggunakan sumber pengetahuan lain ialah kajian saintifiklebih daripada proses pengutipan dan penganalisisan data. Pendekatan saintifik
adalah berasaskan dua perkara penting iaitu logik dan pencerapan. Kedua-dua aspekini adalah penting yang berkait dengan tiga aspek utama pendekatan sains iaitu teorisaintifik, pengutipan data dan penganalisisan data.
Rajah 1.3: Pendekatan saintifik
1.5
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
15/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 15
1.5.1 Model Sains Tradisi
Dalam model sains tradisi, terdapat tiga unsur utama iaitu:
(a) Teori: Digunakan untuk menggarap idea yang dihasilkan dalam bentukhipotesis.
(b) Operasionalisasi: Menyatakan makna semua pemboleh ubah yang terlibatdan bagaimana pemboleh ubah ini diukur. Ia ialah satu proses untukmenyatakan definisi operasional, atau menyatakan operasi terperinci untukmengukur pemboleh ubah.
(c) Pencerapan: Melihat dan membuat pengukuran ke atas apa yang dilihat.
Pencerapan digunakan untuk membukti sesuatu hipotesis atau sebaliknya.
1.5.2 Model Deduktif dan Induktif
Kajian melibatkan penggunaan teori. Semasa kita mereka bentuk kajian, teorimungkin atau mungkin tidak dinyatakan secara eksplisit, walaupun ia perludinyatakan secara eksplisit semasa kita mempersembahkan dapatan kajian dankesimpulannya.
(a) Model Induktif: Bergerak daripada perkara spesifik kepada umum
( general ) daripada satu set pencerapan tertentu (specific observations )kepada penemuan bentuk (discovery of a pattern ) yang mempunyaisusunan. Dalam model ini, prinsip umum dibina daripada pencerapanyang spesifik.
(b) Model Deduktif: Bergerak daripada umum kepada spesifik. Daripada satu bentuk tertentu yang dijangka berasaskan logik atau teori kepadapencerapan yang menguji sama ada bentuk yang dijangka itu sebenarnyawujud. Dalam model ini, hipotesis tertentu dibina berasaskan prinsipumum.
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
16/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 16
Rajah 1.4: Hubungan antara model induktif dan deduktif
KRITERIA KAJIAN YANG BAIK
Pengetahuan yang berguna dan boleh dipercayai hanya diperoleh daripadakajian yang dirancang, dilaksanakan dan diuji dengan baik. Kajian yang baik
biasanya mempunyai ciri-ciri saintifik berikut:
(a) Tujuan kajian yang jelas
Sebab atau tujuan menjalankan kajian perlu dinyatakan dengan jelas untukmengelakkan kekeliruan. Tujuannya mungkin untuk menguji sesuatuhipotesis, untuk menyelesaikan satu set masalah, atau untuk mencariprinsip-prinsip umum atau mentafsir tingkah laku yang boleh digunakanuntuk penjelasan, meramal atau mengawal peristiwa (event ) dalam situasitertentu. Maka, penyelidik perlu menyatakan tujuan kajian secara bertulisdengan jelas, termasuk skop dan batasan kajian serta definisi yang tepatkepada istilah utama yang digunakan.
(b) Penerangan yang jelas tentang proses kajian
Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulangdan disahkan oleh penyelidik lain. Sumber literatur dan data, dan jugakaedah yang digunakan untuk mengutip data perlu dinyatakan secaraeksplisit, kecuali sumber yang perlu dirahsiakan. Sekiranya sumberdan/atau kaedah tidak dinyatakan dengan jelas, persoalan tentangkebolehpercayaan dan kesahan akan timbul.
1.6
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
17/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 17
(c) Perancangan dan pelaksanaan yang sistematikProses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untukmengurangkan ralat (error ). Sekiranya kita menggunakan data dasar
( primary data ), sampel kajian perlu dijelaskan dan bukti perwakilannyaperlu ditunjuk. Usaha perlu dibuat untuk mengurangkan pengaruh atau bias penyelidik semasa memilih dan merekodkan data.
(d) Piawai etika yang tinggiSesuatu projek kajian memberi keutamaan kepada pengawalan pesertakajian daripada prasangka atau bahaya. Pada masa yang sama, ia dapatmenghasilkan keputusan berkualiti yang akan diberikan nilai yang tinggi.Aspek etika akan dibincangkan dengan lebih panjang kemudian.
(e)
Dapatan yang dibincangkan dengan jelasPenyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai dananalisis ini perlu dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dankesahan data perlu disemak dan disahkan; dapatan kajian perluditerangkan dengan jelas. Sekiranya ujian statistik digunakan, penyelidikperlu menyatakan kebarangkalian kesignifikannya dan takat ralat yangdigunakan. Penyampaian dapatan kajian perlu dibuat secara terbatas, jelas,tepat, menyeluruh, mudah difahami dan disusun supaya mudah dibaca.Sebarang generalisasi yang melebihi bukti akan mengundang impresi yangtidak baik.
(f)
Batasan kajian dinyatakan dengan jelas
Oleh sebab setiap projek kajian menghadapi batasan tertentu, penyelidikperlu menyatakan batasan ini atau kesilapan yang berlaku semasa kajiandijalankan yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian. Walau
bagaimanapun, sesetengah batasan tidak memberi kesan besar kepadadapatan kajian tetapi ada batasan yang boleh mengganggu keseluruhankajian. Sekiranya penyelidik menyatakan kajiannya tidak mempunyai apa-apa batasan, mungkin ia boleh dipersoalkan.
Manakah antara ciri-ciri kajian tadi yang anda rasa paling penting?Mengapakah anda berpendapat sedemikian?
SEMAK KENDIRI 1.3
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
18/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 18
Tandakan (B ) sekiranya betul atau (S) sekiranya salah.
Pernyataan Betul/Salah
Dalam deduksi, kita mula daripada mencerapdata dan membina generalisasi dan kemudianmenjelaskan hubungan antara pemboleh ubahyang dicerap.
Teori membantu kita memahami apa yang kitacerap.
Model tradisi sains menggunakan logik induktif.
Hipotesis yang baik ialah yang boleh diuji.
Peranan teori ialah penyampaian (representation ),sementara model ialah penjelasan.
Dalam deduksi, kita mula daripada mencerapdata dan membina generalisasi dan kemudianmenjelaskan hubungan antara pemboleh ubah
yang dicerap.
AKTIVITI 1.2
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
19/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 19
ETIKA KAJIAN
Etika ialah norma yang memandu kita untuk membuat pilihan, bertingkah lakudan/atau berhubung dengan orang lain. Dalam kajian, etika merujuk kepadakesesuaian tingkah laku penyelidik terhadap mereka yang menerima kesankajian, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penyelidik perlu memberiperhatian yang serius terhadap masalah berkaitan etika yang mungkin berlaku.Secara dasarnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh McNamee (2002), subjekkajian (misalnya, satu kumpulan pelajar di sekolah kerajaan) mempunyai hakuntuk mengetahui tentang jenis dan tujuan kajian, dan sama ada mereka inginmenyertai kajian atau tidak. Masalah etika boleh timbul daripada pelbagaisumber yang secara amnya telah dikenal pasti oleh Cohen et al. (2000) yang
meliputi:(a) Jenis projek kajian;
(b) Konteks kajian;
(c) Prosedur yang akan digunakan;
(d) Kaedah pengutipan data;
(e) Jenis peserta;
(f) Jenis data yang dikutip; dan
(g)
Penggunaan praktikal data yang dikutip.
Antara isu etika termasuk:
(a) Kerahsiaan peserta kajian;
(b) Penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripadasebahagian kajian atau sepenuhnya;
(c) Keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta;
(d) Menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti;
(e)
Reaksi peserta terhadap cara penyelidik menggunakan, menganalisis danmelaporkan dapatan kajian; dan
(f) Tingkah laku dan objektif penyelidikan.
Pada peringkat awal kajian, penyelidik perlu memohon kebenaran untukmendapatkan bahan daripada agensi, organisasi atau individu berkenaan.Masalah etika mungkin akan timbul sekiranya badan yang memberi kelulusantidak diberi penjelasan secukupnya atau peserta tidak jelas tentang objektifkajian. Isu berkaitan privasi mungkin timbul apabila, misalnya, penyelidik secara
1.7
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
20/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 20
tidak sengaja atau sebaliknya menceroboh privasi bakal peserta atau penyampaimaklumat apabila penyelidik membuat panggilan pada masa yang tidak sesuai.
Pemerolehan data sekunder (secondary data ) juga boleh menimbulkan masalahsalah laku etika. Contohnya, apabila penyelidik mengambil data peribadiindividu yang enggan menyertai sesuatu projek kajian. Contoh polisi kajiandiberi berikut:
1.1 Australian National University (selepas ini “Universiti”) bertanggungjawab mematuhi piawai integriti kajian tertinggi danmemastikan penyelidik menunjukkan piawai etika profesional tertinggi.Penyelidik mempunyai tanggungjawab menentukan kerja merekamembantu menyemarakkan profesion mereka dan juga Universiti di manamereka berkhidmat.
1.2 Polisi ini menjelaskan piawai untuk semua orang yang mengendalikan
kajian di Universiti ini, termasuk staf, pelajar pascasiswazah dan
prasiswazah serta pelawat akademik ke Universiti ini. Ia juga memberikan
kerangka yang akan melindungi penyelidik daripada kemungkinan salah
faham dan juga memberikan langkah-langkah untuk diikuti sekiranya
terdapat sebarang kecurigaan atau tuduhan berkaitan salah laku kajian.
Semua pertanyaan berkaitan kepatuhan kepada polisi ini hendaklah
ditujukan kepada Timbalan Naib Canselor (Kajian).
1.3 Prinsip am yang menjadi panduan kepada kajian telah lama digubal. Yang
penting antaranya menegakkan piawai etika serta kesahan dan ketepatan
dalam pengutipan dan pelaporan data. Penyelidik bertanggungjawab
untuk mencapai dan mengekalkan piawai keluhuran intelektual tertinggi
apabila melaksanakan kajian.
1.4 Tanggungjawab komuniti kajian kepada orang awam dan ia sendiri
hendaklah diberi pengiktirafan sewajarnya. Tanggungjawab ini menjadi
lebih penting sekiranya amalan profesional atau polisi awam didefinisikan
atau diubah berdasarkan dapatan kajian.
1.5 Proses kajian akan mengawal kebenaran. Komunikasi antara ahlipenyelidik; menyelenggarakan dan rujukan terhadap rekod kajian;pembentangan dan perbincangan tentang kerja di mesyuarat pakar;penerbitan hasil, termasuk semakan rakan; dan ulangan kajian atausambungan kajian oleh penyelidik lain; semuanya ini akan menyumbangkepada penambahbaikan dan peningkatan etika kajian.
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
21/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 21
Rajah 1.5: Contoh dokumen polisi “Amalan Kajian yang Baik” Sumber: http://info.anu.edu.au
Kerap kali dikatakan bahawa satu-satunya cara untuk mempelajari tentangkajian ialah dengan melakukannya sendiri.
Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa kata-kata ini benar tetapi sepertimana
Bell (1999) dan lain-lain berpendapat, banyak masa akan terbuang sekiranyaprosedur asas kajian tidak dipatuhi.
Dalam topik ini, kita telah melihat beberapa jenis kajian yang berbeza tetapimempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menguji apa yang kita tahu danmenghasilkan pengetahuan baru atau cara baru kita melihat dunia ini.
Kajian yang baik mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu ia sistematik,menyatakan skop dengan jelas, mematuhi piawai etika yang tinggi danmenyatakan segala batasannya.
1.6 Pertandingan dalam kajian boleh memberi pengaruh kuat dan positif,
membantu meningkatkan kualiti dan menyegerakan hasil kajian. Walau
bagaimanapun, tekanan daripada pertandingan boleh menggugat amalan
kajian yang baik, sekiranya ia menyebabkan penyediaan dan penyerahan
laporan dibuat secara tergopoh-gapah, pembahagian laporan kajian
kepada beberapa laporan kecil untuk memperbanyakkan penerbitan atau
terlalu mementingkan keselamatan sehingga kajian bertahap biasa, tanpa
mencuba yang lebih kreatif dan inovatif.
1.7 Apabila membuat interpretasi polisi ini, sifat sesuatu disiplin tertentuperlu diambil kira.
1.8 Penyelidik perlu memahami polisi ini dan tentukan peruntukannya
dipatuhi. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh dijadikan sebabuntuk tindakan disiplin.
Cadangkan tanggungjawab etika kajian pendidikan dan pembuat-keputusan institusi.
SEMAK KENDIRI 1.4
8/19/2019 HBEF2503 Topik 1
22/22
TOPIK 1 ASAS KAJIAN 22
Kajian asas
Kajian gunaan
Kajian kualitatif
Kajian kuantitatif
Kajian tindakan
1. Nyatakan perbezaan utama antara kajian asas dan kajian gunaan.
2. Jelaskan dengan ringkas mengapa kajian tindakan adalah penting kepadaguru.
3. Salah satu daripada ciri-ciri kajian yang baik ialah “menyatakan batasankajian dengan jelas”. Nyatakan dengan ringkas maksud ciri ini.
4. Kajian boleh dibuat sama ada dengan menggunakan Model Induktif atauModel Deduktif.
(a) Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Induktif dan nyatakan bagaimana anda menggunakan model ini dalam kajian.
(b) Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Deduktif dan nyatakan bagaimana anda menggunakan model ini dalam kajian.
(c) Berikan satu contoh kajian tindakan yang boleh dibuat denganmenggunakan Model Deduktif.